Sunday 27 November 2016

PENGETAHUAN DAN IKTIBAR PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

PENGETAHUAN DAN IKTIBAR PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK.

  • Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.
  • Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini.
  • Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
  • Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
  • Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul kesefahaman dan tolak ansur antara kaum demi perpaduan.
  • Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan pesat membangun.
  • Keamanan juga dapat dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia.
  • Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan tidak rapuh dimamah zaman.

  • RUJUKAN ;(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)

No comments:

Post a Comment