Sunday 20 November 2016

HARAPAN NEGARA DARIPADA PERISTIWA SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH AIR

HARAPAN NEGARA DARIPADA PERISTIWA SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH AIR.


  • Perlu memahami kedudukan masing-masing.Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting.
  • Boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.
  • Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa.
  • Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa.
  • Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.
  • Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi fokus utama.
  • Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni, menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan.
  • Masyarakat Malaysia berkongsi dari segi perayaan , aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh orang islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama islam.

  • RUJUKAN: (http://zmsegamat.blogspot.my/2010/06/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat.html)

No comments:

Post a Comment