Sunday 20 November 2016

BAGAIMANAKAH MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU


  • (B)
    BAGAIMANAKAH MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU

  • Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia  juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran negara.
  • Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat. British juga telah memperkenalkan sistem ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’.
  • Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
  • Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.
  • Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. 
  • Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
  • Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
  • Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
  • (RUJUKAN : http://logisticdls.blogspot.my/)

No comments:

Post a Comment