Sunday 27 November 2016

PENGETAHUAN DAN IKTIBAR PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

PENGETAHUAN DAN IKTIBAR PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK.

  • Peristiwa hitam ini memang patut dijadikan iktibar supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional.
  • Kini menjadi tanggungjawab semua kaum, baik yang tua dan muda untuk mempertahankan kemakmuran dan perkukuhkan perpaduan negara ini.
  • Jadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran untuk kita terus maju. Pendek kata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
  • Rakyat harus menghargai keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.
  • Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul kesefahaman dan tolak ansur antara kaum demi perpaduan.
  • Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan pesat membangun.
  • Keamanan juga dapat dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia.
  • Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan tidak rapuh dimamah zaman.

  • RUJUKAN ;(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)

Sunday 20 November 2016

CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH



  • (C)       CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH
  1. kewujudan sistem pendidikan berbeza.Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina
  2. Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum.Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu.Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
  3.  Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk perpaduan kaum masyarakat majmuk.Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.




    RUJUKAN : http://www.melvister.com/2014/07/cabaran-mengekalkan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3-2014.html.





HARAPAN NEGARA DARIPADA PERISTIWA SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH AIR

HARAPAN NEGARA DARIPADA PERISTIWA SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH AIR.


  • Perlu memahami kedudukan masing-masing.Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting.
  • Boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.
  • Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa.
  • Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa.
  • Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.
  • Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi fokus utama.
  • Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni, menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan.
  • Masyarakat Malaysia berkongsi dari segi perayaan , aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh orang islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama islam.

  • RUJUKAN: (http://zmsegamat.blogspot.my/2010/06/penjajahan-dan-kewujudan-masyarakat.html)

BAGAIMANAKAH MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU


  • (B)
    BAGAIMANAKAH MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU

  • Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia  juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran negara.
  • Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat. British juga telah memperkenalkan sistem ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’.
  • Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
  • Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.
  • Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. 
  • Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
  • Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
  • Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
  • (RUJUKAN : http://logisticdls.blogspot.my/)

APAKAH MASYARAKAT MAJMUK

(A)APAKAH MASYARAKAT MAJMUK
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.
  • Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan cina
  • Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu
  • Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusiayang bercampur tetapi tidak bersatu. 

  • RUJUKAN :    https://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Sunday 13 November 2016

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Di akhir kursus ini,para pelajar dapat:

1.Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,institusi pemerintahan,pembangunan sosio ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

2.Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,institusi pemerintahan,pembangunan sosio ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

3.Menghuraikan dengan tepat  fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,institusi pemerintahan,pembangunan sosio ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.

4.Merumuskan dengan betul  fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,institusi pemerintahan,pembangunan sosio ekonomi dan dasar-dasar Malaysia.